Sunday, 2 June 2013

ROMBONGAN KE TTC







            Pada 9hb.April 2013, saya dan kanak-kanak dari kelas Khatijah dan Zainab Khuzaimah telah membuat lawatan ke Pusat Sains Terengganu yang bertempat di  TTC. Jumlah kanak-kanak yang terlibat seramai 50 orang. Guru pembimbing seramai 4 orang di ketuai oleh Guru Besar Tyitr Caw. Wakaf Tembesu iaitu En. Hafiz Bin Omar.
Saya dan rombongan bertolak ke TTC dengan mengunakan sebuah  bas dan sebuah van yang disediakan oleh pihak pentadbiran Yayasan Islam Terengganu.
            Setiba di sana saya dan rombongan telah disambut oleh pihak Pusat Sains Terengganu. Kanak-kanak di sajikan dengan tayangan video dan pelbagai aktiviti sains dilakukan oleh petugas Pusat Sains bersama kanak-kanak. Kanak-kanak amat terhibur dan mendapat pengetahuan serta pendedahan mengenai dunia sains. Selepas berada di sana selama 3 jam, kami pun bertolak pulang ke Tadika.








 Disediakan oleh:
ROKIAH BT. NGAH
KDPM KDC YIT 1


No comments:

Post a Comment