Sunday, 2 June 2013

LANDSKAP




LANDSKAP IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

       
     Pertama kali saya menjejak kaki ke IPG Kampus Dato’ Razali, mata saya secara tiba- tiba terpaut pada permandangan di hadapan ibu pejabat yang amat ceria dan cantik. Dengan derungan air terdapat pada kolam utama di sertakan dengan ikan- ikan yang berenang- renang secara keriangan telah menambat hati saya agar berehat sebentar di kerusi rehat berhampiran dengan kolam tersebut.

            Kehijauan tumbuh- tumbuhan yang tumbuh dengan segar dan cantik telah menambahkan lagi suasana yang penuh dengan kedamaian dan ketenangan. Terdapat pelbagai jenis tumbuh – tumbuhan seperti pokok paku- pakis, pelbagai jenis keladi, pokok – pokok orkid dan pelbagai lagi jenis tumbuh- tumbuhan yang tidak saya kenali jenisnya.

            Setiap kali cuti saya tidak sabar untuk datang ke sini untuk melihat pemandangan yang cantik di lanskap IPG ini. Saya berharap pihak IPG dapat mengekalkan dan membuat penambahbaikan kepada lanskap ini agar lebih ceria dan menarik.






Disediakan oleh :-
SALWATI BT ANUAR @ AHMAD
KDPM KDC

No comments:

Post a Comment