Sunday, 2 June 2013

KHIMAS


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ( KHIMAS )

Program KHIMAS yang bertempat di Taman Pertanian Sekayu telah mengambil masa selama lapan jam. Pada jam 8.00 pagi semua guru pelatih bertolak ke Taman Pertanian Sekayu dan berkumpul di masjid Kuala Berang. Kami diberi taklimat terakhir oleh ketua program iaitu Puan Rohaya Mamat.

Selepas diberi taklimat, semua guru pelatih bertolak secara berkonvoi menuju ke tapak program iaitu  di Taman Rusa. Kami sekali lagi diberi taklimat oleh pensyarah kami Encik Zaid Bin Yusof sebagai Penyelaras Unit Berunifom IPG serta dibantu oleh Puan Rosnah Bt Mustaffa dan Puan Hajjah Wan Hasnah Bt Wan Abdullah selaku Pensyarah penasihat.

Mereka telah memberi penerangan tentang aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan di Taman Rusa. Encik Shamsuddin Bin Abu Bakar,  selaku pegawai yang menjaga Taman Rusa ini juga telah memberi penerangan tentang Taman Rusa kepada semua guru pelatih.

Guru pelatih telah bergotong-royong membersihkan Taman Rusa ini secara bekerjasama dan tolong-menolong diantara satu sama lain sebagai satu pasukan. Keadaan taman yang agak luas dan dipenuhi oleh rumput-rumput yang tumbuh meliar, pokok-pokok keladi yang mempunyai pelbagai saiz, keadaan tanah kawasan Taman Rusa yang berair dan becak, najis-najis rusa merata-rata, sedikit sebanyak menguji kesabaran dari segi mental dan fizikal pada semua guru pelatih.

Dengan adanya semangat yang kental, sikap bertoleransi yang baik dan tolong-menolong diantara guru pelatih, semua kesukaran yang dihadapi dapat diatasi oleh semua guru pelatih dengan jayanya.
Semua guru pelatih dapat membersihkan kawasan ini dengan sempurna dan aktiviti gotong-royong ini telah dapat di sempurnakan pada pukul 3.30 petang.
Di sediakan oleh :   FAUZIAH BT WAHAB
                                   KDPM KDC YIT 1 AMBILAN NOV 2010

No comments:

Post a Comment