Tuesday 26 November 2013

TUGASAN MIKROSOFT ACCESS

1. DEFINISI PANGKALAN DATA

1.1 Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik. Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail - fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet - kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.

Monday 18 November 2013

BELAJAR LAGI......


Hari ini bermulalah episod baru dalam diri ini......

Malasnya ya Allah......
Tidak boleh tangguh ke ....
Apa - apa pun belajar tetap belajar.......
Don't lazy - lazy ok......
You cant do it......
Wake up......

Sunday 2 June 2013

LANDSKAP




LANDSKAP IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

       
     Pertama kali saya menjejak kaki ke IPG Kampus Dato’ Razali, mata saya secara tiba- tiba terpaut pada permandangan di hadapan ibu pejabat yang amat ceria dan cantik. Dengan derungan air terdapat pada kolam utama di sertakan dengan ikan- ikan yang berenang- renang secara keriangan telah menambat hati saya agar berehat sebentar di kerusi rehat berhampiran dengan kolam tersebut.

KHIMAS


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ( KHIMAS )

Program KHIMAS yang bertempat di Taman Pertanian Sekayu telah mengambil masa selama lapan jam. Pada jam 8.00 pagi semua guru pelatih bertolak ke Taman Pertanian Sekayu dan berkumpul di masjid Kuala Berang. Kami diberi taklimat terakhir oleh ketua program iaitu Puan Rohaya Mamat.

GERAI POK PIN



Gerai Pok Pin

Pok Pin nama yang sangat terkenal kepada pelajar atau bekas pelajar Maktab Perguruan Batu Rakit , yang kini di kenali sebagai Institut Pendidikan Guru  Kampus Dato’ Razali  Ismail, Kuala Terengganu. Sebuah gerai  yang menjual makanan, yang terletak berhadapan IPG, KDRI.

Telah menjalankan perniagaannya lebih kurang duapuluh tahun dahulu. Sekarang walaupun sudah di mamah usia, semangat untuk terus menjalankan perniagaannya sangat di puji. 

SAMBUTAN HARI LAHIR




MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DI TYITR CAW. SEBERANG TAKIR
   

Majlis Sambutan Hari Lahir ini, telah diadakan minggu akhir persekolah penggal kedua iaitu pada tarikh 23.5.2013 (khamis). Majlis ini telah diadakan sempena kelahiran adik Nur WahidaUmairah Bt. Mohd Noor yang ke 5 tahun dan bertempat di dalam kelas Saidina Abu Bakar.

Ibubapa adik Umairah telah menyediakan sebiji kek yang cantik dan sedikit cenderahati untuk semua kawan-kawan Umairah.

ROMBONGAN KE TTC







            Pada 9hb.April 2013, saya dan kanak-kanak dari kelas Khatijah dan Zainab Khuzaimah telah membuat lawatan ke Pusat Sains Terengganu yang bertempat di  TTC. Jumlah kanak-kanak yang terlibat seramai 50 orang. Guru pembimbing seramai 4 orang di ketuai oleh Guru Besar Tyitr Caw. Wakaf Tembesu iaitu En. Hafiz Bin Omar.